nuffnang

NUFF

Isnin, 8 Julai 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 21 (YONGDUAM ROCK)

Day 3 - Formasi batu berkepala naga, Yongduam Rock! [7 jun]

Lava gunung berapi yang mengalir ke laut sewaktu ketika dulu telah menyebabkan terbentuknya Yongduam Rock di sebelah utara Jeju-si.

Nampak tak kepala naga tu?

Jadi, aku pun kena mengalir ke sana juga sebab Jeju National Museum agak sunyi mungkin kerana tak ramai orang yang berkunjung. Aku lepak kat muzium ni tak lama. Baca lebih kurang informasi di situ dan cepat-cepat melangkah keluar. Sebab aku kena tunggu bas untuk ke Yongduam rock tu. Perlu awal takut tak sempat masa!

panduan ke Yongduam rock dari jeju national museum

Lama jugak aku tunggu bas. Bus-stand tu adalah bertentangan dengan hentian bas yang aku turun sewaktu sampai ke Jeju National Museum tu.

Setelah hampir 15minit menunggu, bas no.38 pun sampai. Tambangnya aku lupa sebab aku guna T-money. maybe 1,100won kot.. Turun di Yongdam Junction dan kena menapak kira-kira 200m kot.

Cuaca sangat panas tapi aku gigihkan kaki pergi ke sana. Aku sebenarnya berbaki kira-kira 15 minit bila sampai di Yong duam rock tu sebelum jam 1.30 tengahari! Cepat, cepat.. aku perlu pulang ke hotel.

kalau naik bas memang tak sempat, so aku kena ambil teksi kalau nak cepat sampai ke guesthouse! sementara aku tercari-cari dan nak dapatkan teksi, sempat aku berjalan sepanjang pantai berbatu itu (melalui pinggir jalan raya) sehingga kira-kira 500m!





Aku balik semula ke SUM Guesthouse semula menaiki teksi. Tambangnya 3,500 won kalau tak silap. tak sampai 10 minit pun. Aku ambil beg dan tanya kaunter cara termurah mahu ke Jeju Airport dari GH. Dia bagitau nombor bas dan 10 minit kemudian aku sampai di Jeju Airport kra-kira jam 2 petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...