nuffnang

NUFF

Rabu, 23 November 2011

11.11.11 TRIP KE SIBU

Sowri, cerita ni agak basi. Tapi tak kisah la, blog aku kan.. hehe. Nasib baik pada tarikh yang cantik ni, ada jugak aktiviti yg berguna. Trip ke Sibu ini sebenarnya merupakan program sekolah. Lawatan bagi murid-murid tahun 6.

Program yang dirancang last minit ini, akhirnya berjaya juga. Pelbagai halangan pada peringkat awal dan nyaris-nyaris kami tak meneruskan agenda sebelum ini: lawatan ke pantai kabong di mana sudah 2 tahun berturut kami ke sana. Kalau tidak, ianya menjadi 3 tahun berturut-turut!

Meskipun sibu tidak banyak tempat-tempat yang menarik, tetapi bagi anak-anak didik-ku ianya suatu pengalaman berguna! Apa tidaknya, mereka jarang keluar dari persekitaran diorang (pedalaman). Bandar Sibu umpama sesuatu yang mempersonakan bagi mereka. Hampir semua tidak pernah menjejakkan kaki ke sana!

Bandar sibu terletak kira-kira 1jam 45min perjalanan dari pekan saratok dan tambah pula sejam perjalanan dari sekolah ke pekan saratok. Para guru & staf berkongsi 3buah kereta manakala murid-murid menaiki sebuah van. Cuma seharian je kami ke sana.

Tempat lawatan:
1) Bangunan Sanyan & Star Mega Mall - kawasan beli belah
2) Bukit Aup - kawasan rekreasi
3) Tokong Buddha (jalan sibu-bintulu) - tumpuan pelancong

Gambar ni kat Star Megamall. Lupa nak snap masa kat sanyan. Diorang tak pernah naik eskelator! jakun tak? Hehe

Bila sampai kat supermarket, diorang ni macam shock sikit. Barang murah. Baru diorang tau yang kedai kat area rumah panjang diorang cekik darah!

Eh, belek2 spek ke.. nak beli, tapi mahal la! Beli aje kat pekan saratok yang cikai-cikai je. Hehe..

Ni kat Bukit Aup, bila sampai je.. akan jumpa kolam ikan ni dulu.

Luas jugak kawasan bukit aup ni, ada jambatan gantung, tempat jogging dan lain-lain. Aku tak sempat nak explore semua. Sempat makan nasi bungkus kat sini!

Haaarr.. ni lah tokong tu. Luas kawasannya. Masuk tak perlu bayaran. free.

Tokong terbesar di malaysia terletak di sini(sibu). Mungkin kawasannya terlalu besar sampai mendapat title tu.

Tak letih ke round2?

Antara pengunjung yang datang.. ramai gak


Interior tokong



Cantik tapi mahal lilin ni. boleh melebihi seratus ringgit tau!


Kami bertolak pukul 7 pagi dan selamat pulang pada pukul 5petang. Harap-harap anak didik ku semua berpuashati dan dapat mengabadikan kenangan ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...