nuffnang

NUFF

Ahad, 15 April 2012

TRAVEL: PHUKET, THAILAND

Okey, dah lama tak update blog. Entry pertama untuk bulan 4 (matilah.. dah masuk pertengahan bulan april oii!). Tak busy pun, cuma hujung minggu je sibuk pergi melancong..

Tak perlu mukadimah panjang-panjang, terus aje aku nak cerita pasal pengembaraan aku ke phuket hujung minggu lepas. Seperti biasa, aku akan pegi sorang-sorang..*nanges*

Apabila weekend bercantum dengan cuti umum, memang langkah aku panjang untuk pegi jalan-jalan. Hari good friday, cuti umum bagi negeri sarawak dan diikuti dengan easter monday(yg dimohon oleh pihak skolah sbg cuti) yang menjadikan cuti hujung mingguku lebih panjang!

6 April (Jumaat)
Tanpa delay, Air Asia berjaya menerbangkan aku ke pusat peranginan tersohor, Phuket tepat jam 4.15 petang waktu malaysia. Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 1jam 20min itu aku penuhi dengan aktiviti bermain game pada tablet. Prebook meal yang ditempah adalah hotdog sebagai alas perut takut tak jumpa makanan halal kat sana nanti.

Borang ketibaan/pelepasan yang diedarkan dalam pesawat aku dah isi sebaik sahaja diberi (pen mmg dah siap-siap aku bawak), jadi bila sampai je kat airport phuket terus saje beratur kat imigresen. Panjang jugak barisan kat imigresennya, tapi banyak kaunter dibuka. Tanpa aku sedari, aku berbaris dalam satu kelompok barisan yang agak 'jammed'. Kenapa? Barisan tu ada dua tapi masing-masing fokus pada satu kaunter je.. jadi aku ambik keputusan pegi ke barisan lain. Dan kena beratur kat belakang pulak sedangkan dah sampai awal. Ternyata tak sia-sia usaha aku, aku lebih cepat siap urusan di imigresen berbanding barisan dulu!
Sebelum keluar dari balai ketibaan, aku terus mengutip beberapa pemplet & brochure sebagai panduan di phuket. Sebaik melangkah keluar dari pintu balai ketibaan, aku disambut oleh agen-agen jualan tiket transfer ke hotel. memang serabut tapi mudah la nak berurusan untuk cari pengangkutan. Aku memilih minibus sebagai transfer ke hotel. murah. hehe.. cuma 150baht.
Bila naik minibus ni, kena tunggu cukup passenger baru dia nak gerak. tapi tak lama sangat aku menunggu. Dan diingatkan bahawa, minibus akan berhenti sekejap kat pondok/opis travel agent diorang untuk mempromote pakej-pakej dan tour yang diorang tawarkan. Aku mengambil kesempatan ni mendapatkan satu one day tour ke phi phi island. Memang agak pricey tapi kena pandai tawar menawar la.. Asalnyanya pakej yg aku amik tu diorang kata 1800 baht, tapi aku minta kurang sehingga dapat 1400 baht. Masih mahal sebab aku tengok kat area Patong, banyak ada yang lagi murah. Tapi aku tak kisah pertamanya kerana, aku dah kesuntukan masa nak pergi servey pakej murah. Ye la, sampai aje kat hotel, hari dah malam. Masa itu emas! Keduanya kerana pakej ni menawarkan speedboat sebagai pengangkutan ke Phi Phi Island, bukannya feri yang agak sesak dengan orang ramai.

Minibus cuma drop aku kat jalan utama sahaja kerana laluan ke hotel aku tu ada semacam tol. Memang tak jauh aku nak menapak ke hotel tapi masalahnya aku kena melilau terlebih dulu. aku bukannya tau selok-belok jalan & lokasi sebenar hotel tu. Waktu tu dah 7.30ptg (waktu tempatan) dan aku terkial-kial mencari hotel lagi *sebenarnya aku dah lalu depan hotel 2 kali, nampak sangat rabun..haha*. Selepas tanya kat sorang makcik yang berniaga kat situ, aku ketemu jua. Argghh..lega! Hotel tersebut namanya Modern House yang mana lokasinya cuma bersebelahan dengan The Royal Paradise Hotel yang grand.

Hotel dua bintang yg dibooking menerusi booking.com ternyata berbaloi. Sila baca review yg aku tulis kat booking.com ya.. Cuma 600baht per nite, bagi aku ianya cukup selesa. Siap ada fridge lagi! Full paid kat kaunter dulu, senang je bila nak check out nanti just drop the key saja kat receptionist counter (maybe nak keluar awal-awal pagi, tapi tak pun..hehe).

Aku pergi ke Jungceylon Mall, pasaraya terbesar di area Patong dengan berjalan kaki sahaja. Tak jauh bagi orang yg suka menapak seperti aku. Masuk dalam mall, pusing-pusing dan belek-belek barangan yang dijual kat sana. Tak beli pun. Banyak fast-food restoren kat situ. tak pasti halal atau tak. Mall ni kiranya indah jugak la, mungkin aku pegi waktu malam yang disimbahi dengan lampu neon yang beraneka corak. Kat aras bawah mall ni ada bazaar. Bazaar ni jual barangan cenderamata dan aneka barangan kerjatangan tempatan. Kat sini boleh tawar menawar. Aku beli t-shirt berwarna dalam 180baht sehelai. Not bad harganya, tapi kat area luar (di street-treet area Patong) rasanya lagi murah kot. Anyway bergantung pada cara kita menawarnya la.

Dah letih berjalan dalam mall tu aku keluar untuk dinner. Makan nasi, tomyam, kerabu dan ikan. dengan perut kekenyangan, aku dengan malas-malas bergerak ke Bangla road. Orang kata tempat ni memang happening lepas midnite. Ada tarian tiang la, orang mabuk-mabuk tak sedar diri overacting la dan macam-macam lagi. Hmm, aku pegi sana jam 11.00malam tak jumpe pun semua tu.. mungkin tak start lagi aktiviti diorang ni. Melepas aku *Ya tuhan, kau dah selamatkan hamba-mu dari terjebak dengan sesuatu tak berfaedah, syukur!*. Jadi dalam 11.10 minit aku terus balik hotel langsung mandi, solat dan prepare barang-barang untuk pakej yang aku dah tempah bagi keesokan hari. Err, dalam perjalanan balik ke hotel aku cuma bertembung dengan manusia-manusia seksi yg mungkin untuk meraikan malam-malam mereka.
*bersambung lagi...letih taip daa
citer kat padang- bukit tinggi pun belum habis lagi

4 ulasan:

  1. Askum..sy agak tertarik bile membaca pengalaman saudara bercuti di phuket.Insya Allah, saye dan suami mungkin akan ke sana bulan depan..saye ingin bertanye, mini bus yg saudara naik tu adakah senang di dapati ataupn telah di boking terlebih awal? Di manakah kaunter utk membeli ticket minibus ke hotel itu? Bagaimana pula dgn jadual bas itu, adakah sentiasa ada setiap jam atau hanya waktu tertentu shj? Maaf jika sy byk brtanya..bkan ape..kalau boleh cut cost lbih baik memandangkn bajet kami pn tdak lah terlalu byk:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. minibus tu memang senang dapat, tak perlu booking awal. saya pun memang tak book. keluar aje dari depature hall, kena serbu dengan abang2 & akak2 supaya amik servis tranfer dorang.

      kaunternya betul-betul selepas keluar dari departure hall. sebelah kanan kalau tak silap.

      Minibus ni ada kelemahan sikit, dia tunggu sampai penumpang penuh baru nak gerak/jalan..jadi dinasihatkan supaya saudari & en.suami cepat2 melepasi imigresen (dikhuatiri, kalau lambat terpaksa tunggu next gerombolan/pesawat utk minibus dapatkan penumpang yg tak cukup)

      kaunter tu kalau tak silap dibuka sampai 10mlm. (* maaf jika tersalah info).

      Padam
  2. Harga nya dari AirPort ke patong berpa 1 orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah dinyatakan dalam entri ini, naik minibus 150 bath seorang.. rate pada 2012, sekarang mungkin dah naik kot..

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...